BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 29, 2009

macam- macam..


dalam keadaan sekarang ni..semua dah jadi rumit..banyak sgt penyakit pelik yg melanda dunia zaman sekarang nih..dan yang terbaru virus AH1N1..sebagai pelatih yang tinggal di kawasan yang dah 5 IPT tutup disebabkan virus ni..ingin sekali berkongsi kpd rakan2 sekalian tentang serba sedikit maklumat berkaitan virus ni..jage kebersihan diri anda..


Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1 1. Rat

akan sabun ke telapak tangan. 2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih. 3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman. 4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih. 5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda. 6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.Pakai "mask"sebagai langkah melindungi diri drpd virus ni.Jangan ambil mudah tentang perkara ini ye kawan2..

Thursday, July 9, 2009

Caom Dan Kacang Panjang Kami..

setelah beberapa lama, sekian hari mengerah keringat, inilah hasil kacang panjang kat belakang umah kitorang...sape makhluk yg comel di ats nih?ini la abang kesayangan sy..Shahrum Nazar @ Caom..Amacam>Ok tak kacang panjang ni..kitorang jual kat simpang dpan umah...kalo nak, dtg la umah..Kg. Bahagia, T.Intan.."satu ikat dua ringgit!!" hehe..betapa bangganya kami yg masih dua tahun jagung ini, apabila hasil tanaman kami menjadi sebegini subur dan dapat dijualkan dengan baik..berbudi kpd tanah..haaa...ayuh2...mari kawan2, penuhkan poket anda dengan menanam pelbagai sayur...leh tanam jagung, kacang, cabai. dan bermacam2 lagi sayur yg sedap2..drpd layan sepi..layan kepiluan yg melanda di sanubari, ape kate tanam menanam dan bile dapat hasil leh la dijual..huhu..=)okeh..mari kite gembur semua tanah2 di belakang blok Damai, tanam sayur!!yeah...haha..En. Azizan mesti bangga ngan kite semua...

doktor..oi doktor..

sepanjang hidup sebagai seorang manusia, aku memang tak pnah berkenan nak g hospital a.k.a tempat2 sekalian rakyat mendapatkan nasihat, rawatan, ubat dan lain2...tp sbgai manusia normal, aku terpaksa jugak g ke hospital ble perut aku sakit tak menentu..dan bila da tak tahan dengan berat hati aku melangkah ke HEP untuk amik borang ke tempat yang aku sgt tak berkenan td..Van maktab lah yg banyak berjasa membawa aku ke hospital sepanjang hampir dua tahun kat sini..Sampai kat hospital je, aku da rase kebas kaki beratur punyalah lame..bukan nak dapatkan rawatan, just untuk register name je..aduhai..dengan perut yang meronta-ronta kesakitan diri lah aku dekat setengah jam..tgu lak giliran jumpe DOKTER..waaaa...lameeeeeeeeeeee.....dekat sejam lbh..hbs mase kat situ je..Takpe,aku faham, memang cmni la adat g hospital kerajaan, bukan aku sorang yg sakit, ade ramai lg yg kronik dan memerlukan berbanding aku yg sakit tak seberapa nih..=(.Jumpe dokter, cek sana, cek sini, cek itula,inilah..akhirya.."Sila ke bilik 6, amik darah.."Waaaaa...betapa sedih dan pilu apabila sebaris kata- kata doktor tu hinggap di telinga aku...aku da agak da..memang kna mik darah punye..da berpuluh2 kali mik darah, berbelas kali amik resultnye..still tak tau pe sakit aku sebenarnya...G la bilik yg dinyatakan tdi. Dokter bilik 6 pun cucuk sini, tak dapat darah, cucuk sana, tak dapat lg, cucuk lg kt tempat lain, ha....baru ade..jarum tu masuk, kuar, masuk, kuar...pedih tul..walaupun tangan ni da lali mik darah, tapi bisa keluar masuk jarum tetap terasa, pening seketika..harap2..berbaloi la mik darah kali yg ke berapa puluh ni..moga2 penyakit aku diketahuilah namenye..lagi 2 mgu aku akan g smula ke tempat yg aku tak berkenan ni, amik result. .doakan aku..-luahan ketika tangan sudah pun hilang bisa jarum..hu......

Monday, July 6, 2009

MenJaGa Hati- Dengan mengambil nasihat dpd Imam Ibnu Wardi

NASIHAT KETIGA (drpd 40)

"Semanis2 kehidupan yang telah engkau lalui dengan maksiat,sekarang ini hanya tinggal kenangan. Semua kegembiraan itu telah hilang, sedangkan dosanya masih tetap dalam tanggunganmu.."

  • inilah nasib orang yg bergelumang dalam kemaksiatan.
  • kegembiraan hilang
  • kemanisan berganti kepahitan
  • banyak penyakit yg menimpa kerana terlalu banyak dosa
  • sekarang,yg tinggal hanyalah kehidupan penuh penyesalan
  • namun,baginya masih ada peluang untuk mendekatkan dri dengan ALLAH dan bertaubat
  • sebelum nyawa terpisah daripada tubuh..

(pesanan buat sy dn semua)

dari karya ciptaan sendiri..=)

Karya ini aku coretkan khas buat mengenang hadirnya dia dalam hidupku. Walaupun aku tidak mengenal dia bertahun- tahun lamanya saat ini..tapi mengecap kasih dan dan rindu daripada dia amat melapangkan dada dan mententeramkan sanubari.. Buat dia yang hadir menenangkan diri..menyeka air mata tatkala aku berduka dan menguntum senyum saat aku mengecap bahagia..Kewujudan dia dalam galeri hidupku amat aku hargai..Aku menyayangi dia sepenuh hati..

Title: Siapa Aku Di Hati Mu..


“Bilik 3/33..!!” Kedengaran satu suara yang memecah sunyi kedamaian pagi di blok Damai, Institut Perguruan Tuanku Bainun. “Bilik 3/32, 3/29..!” Serentak itu, aku dan Julia berpandangan. Tidak terkata apa- apa. Kelu lidah kami berdua. Saat itu juga, aku tahu, rakan- rakan kami di bilik – bilik yang disebutkan tadi, turut sama kecut perut mendengar suara tersebut. Pastinya, kegiatan kami “memonteng” kelas sudah dapat dihidu oleh pihak maktab. Aduhai, muka Julia sudah pucat lesi. Aku? Berlebih-lebihlah lagi….saat ini, andai ada sesiapa yang menoreh muka ku dengan pisau setajam mana pun, pasti tidak berdarah. Takut, risau, bimbang, cemas, semua perasaan yang tidak- tidak mengisi hatiku. Inilah padahnya. Ponteng kelas dan akhirnya, warden menangkap kegiatan kami ini yang sudah terang lagi bersuluh menyalahi peraturan maktab. Dalam erti kata lainnya kami semua.... “kantoi!”. Satu perkataan yang terlintas di benakku ketika itu. Pada mulanya, aku perlahan- lahan mahu melangkah ke almari. Menguncikan diri. Julia menepuk dahi melihat gelagatku. Berkerut-kerut dahi kami. Air liur tidak dapatku telan, mungkin sudah beku didalam mulutku, kerana terlalu takut dengan kehadiran Encik Azman, warden blok Damai yang dimaksudkan. Julia mengesat peluh di dahinya. Sesekali menggeleng kesal. “Sudahlah, tak payah nak menyorok dalam bilik kamu semua, lebih baik kamu semua pakai tudung dan keluar sekarang sebelum saya tendang pintu bilik kamu…!” Arghhh. Suara Encik Azman kedengaran lagi. Aku nekad. Julia juga begitu. Namanya pun satu kesalahan. Maka pada waktu itu, aku dan Julia membuat keputusan, keluar sahaja mengaku kesalahan daripada diberikan tindakan atau denda yang lebih serius lagi. Julia dan aku berpegangan tangan. Menguatkan semangat. Biarpun kami berdua tahu, mungkin pada waktu ini, kemarahan Encik Azman sudah meluap-luap di dalam dadanya. Pintu bilik dibuka perlahan- lahan. “Hah!!.. keluar pun. Saya ingat kamu pekak tadi. Suara saya sikit punya kuat, takkan lah tak dengar dari tadi?” Suara Encik Azman memetir lagi. Matanya yang bulat memandang sudah cukup membuatkan aku longgar lutut. Mahu saja aku buat- buat pengsan disitu..Tapi, mengenangkan Julia, aku jadi kasihan pula padanya..Kami berdua, bersama 6 lagi rakan di bilik- bilik yang disebutkan tadi berdiri menghadap kearah Encik Azman. Semua membuat muka “seposen”. Seakan-akan anak- anak yang menanti hukuman seorang bapa. Kami semua tunduk, memandang kosong kearah lantai. “Dah, tak payah nak buat muka macam tu..saya takkan kesian sikit pun. Sekarang, bagi nama kamu semua dan nombor kad pengenalan masing- masing, hah..nama kelas jangan lupa..Hish kamu semua ni, tapi guru pelatih, masih lagi dengan sikap budak- budak…..” Encik Azman berjeda. Berkerut- kerut mukanya memandang kami semua. “Kamu semua bakal guru, sepatutnya, menjadi contoh, kalau begini sikapnya, bagaimana kamu mahu mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna? Siapa namanya..Ayesha Diana? Siapa?” Suara Encik Azman semakin mendatar dan menanyakan nama itu lambat- lambat.Gurlpp. Itu aku! “Ssssaya Encik Azman”. Aduhai. Mengapa aku?? Dari gaya aku menjawab sahaja sudah menjelaskan betapa aku gugup berhadapan dengannya. “Hah..sekarang, bagi alasan mengapa awak ponteng kelas hari ni? Jangan kata awak ingat hari ni cuti..tau lah saya mendendanya nanti….” Suara wardenku itu sengaja dileretkan. Aku dapat melihat satu senyuman yang amat sinis terukir di wajahnya. “Erm.. saya..saya..” Aku gagap memberikan jawapan. Sungguh. Aku tidak bersedia menghadapi situasi seperti ini..Aku menatap wajah Julia. Anak matanya menghantar makna.. “jangan takut..” Aku berkira- kira dalam hati, mungkin itu mesej yang ingin disampaikan Julia.. “Sebenarnya Encik Azman..” Aku mengorak kata. Mengumpul sedikit kekuatan untuk berbicara. “Saya dengan kawan- kawan ni semua buat tugasan..assignment..kami lambat sangat tidur malam tadi. Kami memang ingat nak pergi kelas pagi ni, lagipun, kami memang kena hantar kerja kami hari ni. Tapi tak sangka pula boleh terbangun lewat. Saya bagi pihak kawan- kawan dan diri saya sendiri..mintak maaf atas kesilapan kami ni Encik Azman.” Entah dari mana semangat ku datang. Lidah ku mudah sahaja mengatur alasan yang jika diteliti sedalam- dalamnnya, boleh dikategorikan sebagai.. “alasan bodoh!”….Aku meraup muka ku. Seakan satu beban terlepas dalam hidupku. Biarpun, jawapanku, tidaklah seberapa, tapi ku kira Encik Azman dapat menerimanya.. Dia mengangguk- anggukkan kepalanya. Tanda mengerti atau mungkin sudah mengenalpasti jenis hukuman yang akan diberi. Aku tunduk ke bawah. Mengharap benar agar muka ku ini dapat menimbulkan rasa kasihan di hatinya. Berilah satu saja peluang. Aku mengharapkan begitu….Perlahan- lahan aku mengangkat muka. Memandang wajah serius Encik Azman. Pada masa yang sama Encik Azman menulis sesuatu di dalam buku catatannya. Mencatit sesuatu yang boleh dirumuskan sebagai sesuatu yang penting kerana dia menggunakan pen berdakwat merah! Aku menggeleng- gelengkan kepala. Lagak terlalu menyesali perkara yang berlaku. “Baiklah.. Oleh kerana ini kali pertama kamu semua tertangkap dalam kes sebegini, maka saya beri peluang. Dalam masa 15 minit daripada sekarang, kamu semua perlu lengkap berpakaian kuliah dan jumpa saya di bawah. 15 minit….” Suaranya dileretkan sekali lagi. Menandakan dia menetapkan tempoh masa bagi kami semuaa menyiapkan diri. “Kalau tidak, saya akan hantar nama kamu semua ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar..dah sampai nama di situ, pandai- pandailah nak hidup..”Encik Azman mengangkat tangan, lagak memberikan amaran. Nada suaranya seakan mengejek. Apa lagi, aku, Julia dan yang lain- lain cepat- cepat berlari ke bilik masing- masing. “Apelah nasib..dah la ini first time buat jahat macam ni..inilah pulak masanya kena tangkap..adoi..” Sempat pula mulut Julia mengomel itu dan ini semasa mengenakan baju kurungnya. Aku tersenyum- senyum. Aku tahu, Julia tidak selesa. Minah lawa..Masakan dia selesa ke kelas hanya dengan membasuh muka dan menggosok gigi ala kadar sahaja. Aku sudah masak dengan Julia yang amat mementingkan kesempurnaan dalam penampilannya. Biarpun baru mengenalinya untuk tempoh 9 bulan, sikapnya cepat ku fahami. Bertepatanlah, kerana dia merupakan kawan sebilik denganku semenjak semester 2 bermula. Aku tersenyum sendiri. Hendak aku lakukan bagaimana lagi? Permohonan maaf tadi, ku kira sudah cukuplah melembutkan hati Encik Azman memberikan kami peluang. Ya. Bolehlah dianggap sebagai peluang, kerana kami hanya diberikan masa selama 15 minit untuk memepersiapkan diri untuk ke kelas. Semua tak berpeluang untuk mandi..Aku hanya mampu memandang mulut Julia yang masih lagi bergerak terkumat-kamit, mungkin masih merungut- rungut kerana tidak diberikan masa untuk mandi! Sepantas yang boleh, aku menyimpan komputer ribaku ke dalam beg, tugasan yang aku maksudkan kepada Encik Azman tadi, turutku masukkan, kalau tidak, satu lagi bebelan daripada Puan Shahira akan kedengaran di telinga kami.. Kerana gagal menghantar tugasan pada waktu yang ditetapkan. “Bagus..boleh jadi tentera, cepat kamu semua siap ye? Nampaknya semua ni tak mandilah ye….? Ish..Anak dara apa ni?” Suara Encik Azman tidak tegas seperti tadi. Dia tergelak- gelak memandang muka kami yang tercengang- cengang kehairanan. Dia tersenyum lagi. “Dah..tadi tu, saya bertegas sebab saya tak nak kamu ulangi lagi perlakuan ponteng kelas ni..tak baik, tapi saya juga jenis yang bertolak- ansur, saya tahu ini kali pertama kamu buat semua ni, sebab sebelum ni pun saya tak pernah tangkap muka- muka kamu ni..Pergi kelas sekarang. Ha..jangan lupa hantar assignment kamu semua, karang nama kamu naik pula dekat Jabatan Hal Ehwal Pelajar, tak berdisiplin. Faham semua?” Encik Azman menyoal lagi. Memandang setiap daripada wajah kami. “Faham Encik Azman..” Wah. Aku terkejut. Suara kami serentak pula bagai berjanji- janji. Baru aku dan Julia mahu mula melangkah, “Ayesha Diana..” Kedengaran namaku dipanggil sekali lagi. Alahai. Nama aku lagi… Cepat- cepat aku menoleh kepada Encik Azman. “Jangan lupa..balik karang mandi!” Encik Azman masih lagi tersenyum seperti tadi. Arghhh. Mentang- mentang aku yang disoalnya tadi, aku juga yang dikenakan akhirnya. Aku hanya mampu tersenyum untuk gurauan Encik Azman tersebut. Encik Azman sudah pun berkeluarga, sebelum ini lelaki separuh umur itu ku anggap sebagai seorang yang garang dan selalu tegas. Namun, ternyata sanggkaanku itu meleset. Dia tidaklah segarang mana. Masih boleh bertolak- ansur. Tapi memang ada benarnya. Itulah kali pertama aku dan rakan- rakan yang ditangkap ponteng tadi, ponteng kelas. Kami semua bersengkang mata menyiapkan assignment sehingga berniat untuk ke kelas lewat dan terus menghantar tugasan tersebut pada waktu yang ditetapkan. Buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali.. Benar seperti yang dikata. Pengajarannya, jangan ponteng kelas lagi..! Aku menasihati diri sendiri. Setelah menghantar tugasan yang dimaksudkan ke dalam bilik Puan Shahira, Julia mengajak aku membeli makanan di kantin. “Lapar..” Rengek Julia. Aku tersenyum melihat tingkah Julia. Julia manja. Itu yang dapat ku rumuskan tentang Julia. Kawanku yang satu inilah tempatku bercerita itu dan ini. Biarpun usia persahabatan aku masih baru bersama Julia, tetapi jauh di sudut hatiku, aku dapat menilai sikap baik Julia. Manjanya bukan dibuat- buat. Mungkin kerana dahulu aku pernah bersekolah di sekolah perempuan, sama seperti Julia..maka dengan cepat aku dapat mengenali dirinya, memahami kemanjaannya. Ada “chemistry”. Itu yang dapat aku simpulkan terhadap hubungan persahabatanku bersama Julia. “Jomlah, Dian pun lapar ni..” Aku berjalan beriringan dengan Julia. “Dian..” Julia menyeru namaku. Aku melihat ke arah yang dijuihkan bibir Julia. “Huh..ingatkan siapa tadi...” Aku mengeluh sendiri. Aku melihat lagi ke arah tadi.

Kelihatan Ammar seorang guru pelatih dalam kursus Pengajian Islam dan Al- Quran sedang berdiri di kaunter bayaran. Entah mengapa. Akhir- akhir ini, namanya sering dikaitkan dengan diriku. Walhal, bercakap pun tidak pernah, apatah lagi berkawan rapat dengan dirinya. Cuma sesekali, aku ada menyebut namanya, menyatakan rasa kagum melihat dirinya yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni mempertahankan diri yang amat aku minati, silat. Mungkin, teman- teman sekaligus membuat kesimpulan awal yang aku meyukainya. Bukan. Aku cuma mengkagumi gerak tangkasnya mempamerkan aksi silat. Itu sahaja. Penyudahnya, aku pula dikatakan berminat dengan guru pelatih yang bakal bergelar seorang ustaz itu! Habis membeli makanan, aku dan Julia balik ke kelas. Malas berlama- lama di kantin. Lemas dengan guru- guru pelatih yang terlalu ramai tertumpu ke situ untuk membeli makanan. Memang Julia memahami sikapku yang satu ini, aku memang payah berada di tempat yang mempunyai ramai manusia. Rimas. Itulah alasan yang selalu kuberikan kepada Julia. Sekembalinya ke kelas, aku melihat pengumuman yang ditulis di papan putih. ‘Ahli Silat Seni Gayong Pusaka- Mesyuarat penting diadakan pukul 4 petang, di surau..kehadiran diwajibkan!’. Aku mengeluh lagi. Memandang kenyataan yang terpampang di hadapan papan putih. Aku memanjangkan leher. Mencari- cari Siti. Dialah satu- satunya rakan sekelasku yang bersama-sama menyertai aktiviti silat ini. Kelasku berakhir pada pukul 12.15 seperti biasa. Maklum sahaja, hari Jumaat. Kelas berakhir awal kerana memberikan ruang kepada guru pelatih lelaki untuk bersiap- siap ke masjid berdekatan menunaikan solat Jumaat. “Dian, nak pergi tak perjumpaan petang ni?” Siti sudah berada dihadapanku. Nada suaranya seakan- akan keberatan untuk pergi ke perjumpaan tersebut. Dari riak wajanya sahaja, aku sudah dapat mengagak..Siti juga malas hendak ke perjumpaan silat itu, sama seperti diriku! Namun, tidak semena- mena, seraut wajah milik Ammar terlukis jelas dimindaku. Mengenangkan wajahnya yang jernih dan bersih itu, aku seakan terpanggil untuk ke perjumpaan tersebut. Bukanlah kerana mesyuarat yang akan diadakan..Aku mencari mata Siti. Mengharapkan yang dia akan mengubah fikiran. “Kita pergilah Siti..mane tau ade perkara penting yang nak dibincangkan?” Aku lebih kepada memprovok Siti. Biarlah Siti setuju. Pinta hatiku. “Eh, tadi macam muka malas? Apasal tiba- tiba je nak pergi pulak?” Berkerut- kerut dahi Siti memandangku. Matanya tidak berkedip. Menanti jawapanku. “Yela…memangla malas, tapi, kalau ade hal penting, kan lebih baik kalau kita pergi je? Tak payah tanya- tanya kat orang lain nanti...” Ujar ku selamba. Berharap yang Siti tidak akan mengesan apa jua perasaan di hatiku. “Eleh..iyelah tu Dian. Cakap je lah nak tengok Ammar..hehe..”Aku melihat riak wajah Siti yang seakan menyindirku..senyumnya seakan mengejek..Aku ikut tersenyum. “Pukul 4 kan?” Siti berjeda. “Tunggu kat bawah pukul 3. 45…kita gerak surau sama- sama. “Aku tersenyum lagi. Senang hatiku mendengar pernyataan Siti.
Dalam beberapa minggu ini, aku ada juga berhubung dengan Ammar. Bukan kerana apa, saja bertanyakan perjumpaan silat yang ingin diadakan dan hal- hal yang berkaitan dengannya. Namun, Ammar masih tidak berhubung denganku secara terus. Hanya namaku dan nombor telefon bimbitku sahaja yang diketahuinya. Samada dia mengenali diriku, aku tidak pasti pula. Namun, ianya terhenti sekadar berhubung melalui telefon sahaja, selebihnya, aku tahu Ammar bukanlah jenis orang yang semudah itu membina sebuah hubungan dengan jantina berlawanan jenis dengannya. Ditambah pula dengan “title” nya..dia merupakan seorang guru pelatih yang akan bergelar “ustaz”. Mana mungkin semudah itu, dia mahu berkawan sesuka hati dengan sesiapa sahaja. Berlainan dengan semester pertama dahulu, aku dapat melihat, persatuan silat yang aku sertai, lebih aktif dan mempunyai banyak perjumpaan. Tambahan pula, satu seminar akan diadakan. Aku lebih bersikap pasif dalam persatuan ini. Maklum sahaja, diriku baru saja menceburi bidang silat ini..maka aku lebih suka bersikap tunggu dan lihat, kiranya ada yang memerlukan bantuanku nanti, aku tidak akan keberatan untuk membantu setakat yang mampu. Ya. Semasa itulah, aku mula mengenali seorang lagi “ustaz” yang juga sekelas dengan Ammar. Dia memang langsung tidak ku kenali. Biarpun selalu berjumpa apabila perjumpaan silat diadakan, mungkin disebabkan aku lebih suka memerhatikan Ammar, maka wajahnya tenggelam dalam pandangan. Waktu itu, aku sedang membeli minuman di kafetaria. “Assalamualaikum..”Suara garau dia lembut menampan telingaku. “Dian kan?” Sekali lagi suaranya kedengaran. “Kalau tak ada buat apa untuk seminar, boleh mintak tolong sikit tak? Tolong editkan bahan- bahan yang ada untuk ditampal masa pameran hari seminar silat diadakan..” Dia tersenyum ke arahku. Membuatkan aku serba salah. Rasanya perasaan malas sudah bermukim di dada. Tambahan pula, aku bukanlah dikategorikan sebagai “minah IT” yang tahu itu dan ini tentang proses mengedit sesuatu bahan. Tapi, entah kuasa apa yang ada pada waktu itu, aku menurutkan sahaja. “Ye..boleh..nanti, bagilah dekat Dian, Dian tolong buatkan. Bila nak?”. Wah..macam bagus sahaja caranya aku bertanya pada dia. Aku menggetap bibir. Janganlah dia setuju. Aku berdoa di dalam hati. MALAS. Memanglah pada mulanya seakan tidak keberatan. Tapi…aduh,..Aku mengambil bungkusan minuman yang sudah siap diikat. “Nanti, saya bagi kat Dian pendrive..dalam tu semuaye ade..ade gambar dan artikel- artikel..tolong edit sikit- sikit pun takpe..saya mintak tolong sebab, anak buah yang bahagian saya, semua buat kerja untuk bahan pameran..takut tak sempat siap..tu mintak tolong..takpekan?” Dia bertanya lagi. Mohon kepastian barangkali..samada aku benar- benar dapat membantunya atau tidak. Dalam banyak- banyak ahli silat, mengapalah muka aku juga yang ditujunya? Aku bermonolog dalam hati. “Oklah..nanti esok bagi pendrive..Dian tolong..mane yang boleh..kalau tak elok, jangan complain ya ..”Aku mengukir senyum. Kata- kataku padanya tadi lebih kepada berseloroh barangkali, tapi sememangnya aku tidak berkemahiran dalam kerja- kerja mengedit ini. Siti mungkin boleh membantu.. Aku berkira- kira lagi dalam hati. Setelah mengucapkan terima kasih, dia berlalu pergi. Sedang aku termangu- mangu menunggu Julia membuat bayaran di kaunter..tiba- tiba hatiku teringat sesuatu.. “Nak bagi pendrive kat mane? Tau ke kelas Dian?” Suaraku sedikit terjerit kearah dia yang sudahpun berjalan kearah pintu kafe..Nasib baiklah tidak ramai guru pelatih disitu..Suaraku yang kuat menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang, ke arahku. “Saya tau kelas awak..esok saya bagi….” Dia lantas tersenyum memandangku. Aku masih lagi tercengang- cengang ketika kelibatnya hilang dari pandangan. Seminar silat berakhir. Semenjak itu, tidak banyak perkara yang menjadi sebab untuk aku berhubung dengan dia. Namun, ia tidaklah terlalu memberi kesan kepadaku. Tidak lama sebelum itu juga, aku pernah juga berhubung dengan Ammar, namun senyap juga di akhirnya. Dah biasa. Begitulah yang ku rumuskan apabila “ustaz” yang seorang ini juga terus terputus hubungan denganku. Tambahan pula, di semester yang berikutnya, aku lebih menumpukan perhatian kepada unit beruniform..Kadet Remaja Sekolah (KRS). Akhirnya, terus aku terputus hubungan dengan dia. Dalam diam, rupa- rupanya, aku pernah juga menyimpan hasrat untuk berkenalan lebih rapat dengannya. Sikapnya yang bersahaja, masih ku ingati. Namun, apakan daya, setiap kali itulah, aku mengingatkan diri, bidangku terlalu berbeza dengannya. “Ustaz..” Bisikku perlahan dalam hati. Layar kenangan penghidupan di maktab, memang amat manis buat diriku. Punya teman- teman yang sangat baik. Namun, begitulah adat menimba ilmu, apabila tamat sahaja belajar, setelah menggenggam segulung ijazah idaman, semuanya membawa haluan sendiri. Julia, sekali- sekala masih lagi menghubungiku bertanya khabar itu dan ini. Manja..masih seperti dahulu. Sukar mencari sahabat seperti Julia.… dan dia? Dia tidak pula ku tahu di mana sekarang. Jangan- jangan sudah berumah tangga, manakan tidak. Mungkin saja, kerana dalam ingatanku, dia tua setahun daripadaku.…..
To bE cOnTINUED..

Sunday, July 5, 2009

selalu mengalah=menjaga hati

11.6.2009..dah pun berlalu..saat2 pedih dan menyakitkan dah pergi daripada hidup aku..daripada bosan2 tak tau nak buat pe dan melayan kesepian yang ntah ape2..baiklah aku mengisi ruang dan peluang dengan menulis blog..kepada kwn2 yg banyk membantu dalam pembikinan blog yg tak seberapa nih..thx a lot...apa persamaan selalu mengalah dengan menjaga hati ek...selalunye kita akan mengalah dengan sesiapa sahaja bagi menjaga hati..betul ke pe yg aku ckp tu..huhu..pada pendapat aku la kan, setiap kali aku mengalah dengan orang lain, tak kisahla yang ada kene mengena dengan aku atau pun tak..aku sebenarnya lebih kepada menjaga hati sendiri agar tidak terus terluka dan tersiksa, maka ada baiknya aku mengalah..inilah yang aku maksudkan dengan menjga hati...Aku da penat sebenarnya mengalah demi menjaga hati supaya tak dilukai..BUKAN JE HATI AKU,TAPI HATI Si A, B dan bla3.....APA PENDAPAT KORANG?SAME TAK MENGALAH DENGAN MENJGA HATI..tak kisah berkaitan duit, barang, jiwa, perasaan, hubungan, pelajaran,hobi, atau pape je...