BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 21, 2009

taubat nasuha..

tinggalkan masa lalu..dan buka lembaran hidup yang baru..yang lepas2 usah dikenangkan..10 zulhijah 1430 hijrah..mari mulakan satu suasana baru dlm hidupmu.dan biarkan yg lain tertinggal sebagai kenangan, pengajaran dan satu kesilapan yang engkau bisa perbaiki..yang dihadapan masih banyak menanti..engkau harus bangun dan sedar..engkau bakal pendidik,dan perjuangan mendidik dan mentarbiyah jiwa2 baru..lepas kan lah masa lalu..dan segala kesilapan yang dilakukan, perlu diinsafi..TAUBAT NASUHA..ingat dan kenanglah jasa orang tua mu..yang membesarkan dengan susah dan payah..keringat yang jatuh dalam mendidik mu bergelar insan, usah disiakan wahai Intan Zarith Diana..Taubat Nasuha..
taubat ..
ia bermaksud,kembali kpd Allah setelah melakukan maksiat, setelah melakukan kesalahan dan kesilapan.Besyukurlah engkau kerana Allah mengurniakan rahmat untuk engkau bertaubat..kembali kepada jalannya dan menginsafi segala perbuatan dahulu.
Surah Al-Baqarah: Ayat 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri".Jadi, alangkah baiknya jika engkau kembali kepada jalannya..pada agama Allah yang sangat indah untuk ditelusuri, mari kembali kepada fitrah asal dirimu.Hatimu sangat rindukan Allah..sekali kita berjalan kepadaNya..Dia berlari mendapatkan kita..betapa Dia Maha Penyayang, Maha Pengampun terhadap hamba-Nya..usahlah diknang2 perbuatan dahulu..perbuatan semalam yang hanya membuat jiwa mu merana..bangunlah wahai jiwa, jangan rasa bersedih hati dan tidak mampu berdiri..percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu dekat dengan hatimu..kembali kepada ayat2 cinta dariNya..Al Quran..yang suci..kalam Allah yang Maha Agung..alun kan kembali ayat2 nya..buka kembali tafsiran Al- Quran yang sangat indah maknanya.
Ketahuilah..bahawa taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti yang terdapat dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."Merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.
mesej daripada seorang sahabat:
"Kenapa ujian seberat ini..?"
'Allah tidak membebani seseorang itu, melainkan dengan kesanggupannya,'(Al Baqarah:286)
"Rase putus asa?frust dengan apa yang berlaku??"
'Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman'(Al-Imran :139)
"Bagaimanakah harus aku menghadapi semua ini??"
'dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk' (AL-Baqarah:45)..
kesemuanya menunjukkan bahawa jalan sudah ditunjukkan..cuma perlu diamalkan dalam kehidupan..betulkan dian??jadi mengapa merosakkan hatimu..Islam yang engkau nikmati, janganlah disia2 kan lagi..ayat2 Allah sudah jelas menerangkan betapa Allah itu amat dekat dengan dirimu..dan sentiasa berada bersamamu..
Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", iaitu taubat yang murni.
Sebagaimana dijelaskan dalam surah At-Tahrim: Ayat 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya.."
itu dosa..itu kesilapan..itu maksiat..maka kembalilah kepada yang benar..
itu kesalahan..merosakkan hati..meruntuhkan iman..DIAN..engkau masih ada agama..ISLAM ada dalam dirimu..
manfaatkan Islam
manfaatkan nikmat iman..sesungguhnya Allah maha memahami jiwa hamba2nye..
*sumber
jiwaku dan juga..

Tuesday, September 15, 2009

TIADA-ADA- &KAMU

TIADA
sikit lagi..semua org iaitu umat Islam akan menyambut Aidilfitri.Yg membahagiakan..menggembirakan.terutamanya sbb dapat balik rumah sbb dapat balik kmpung..Bagi aku, Hari Raya memang bez, sbb dapat jumpe family, sanak saudara, kwan2..jiran2,,..memang bez.Tapi, raye kali ni, bukan macam raye tahun2 sebelumnye..First, aku kehilangan dua mak saudara dan satu pakcik tahun ni. Aku kehilangan KAMU..KAMU yang telah membantu, membawa aku melihat jenazah mak saudara sebelum dikebumikan bulan 3 dahulu. Cepat sungguh masa berlalu, dan semua tu jd kenangan..dalam hidup..buat arwah Yang, Acik Ta'ayah dan Anjang..semoga roh kalian sentiasa dicucuri rhmat. Walaupun Yang dah tak ade, Dian tak akan sesekali lupe nsht Yang..tak akan lupa segala kate2 Yang, kemseraan Yang, Dian rindu nak peluk Yang, rindu roti telur Yang..rindu senyum Yang..Rindu Yang berleter pasal baju sejuk ngn suar yg tertinggal kat umah Yang dlu..Al- Fatihah buat arwah.. Aaisah Bt. Omar Shah.Seterusnya..buat Acik Ta'ayah..arwah..Jamaiayah Bt. Zakaria. Alhamdulilah, sempat juge Dian tgk Acik sebelum dikebumikan. Dian datang dgn dia yg sgt Dian syg pada masa tu. Acik pun dapat tgk die kan?Rindu Acik ketawa..rindu Acik selalu. Sekarang bile g umah kat Simpang 4..ade ank2 Acik je..alhamdulilah, 1 Ramadhan yg lalu, Dian dapat ziarah kubur Acik seadanya dgn abh..rase rindu makin tak tertahan. . moge Acik damai disana..kepada Anjang, Dian dapat tahu Anjang pergi masa Dian kat Kem Alam Sekitar, tak sempat nak balik tgk pun.. Anjang, walaupun Anjang tak kenal Dian, tapi Dian ttp anak saudara Anjang, tetap syg Anjang mcm ayah saudara yang lain..Anjang pergi dgn tenang..Alhamdulilahh...Kesemua insan2 yang dinyatakan di atas telah pergi..telah meninggal dunia. Meninggalkan semuanya, termasuk diri aku..Ketiadaan mereka sangat aku rasai..sangat memedihkan bila memikirkan ketiadaan mereka di pagi Aidilfitri..dah tak de lg kad raye yg boleh dikirim,,kerana orgnya telah tiada...tiada.
Ketiadaan yang seterusnya, dia yang amat aku rindui. Alhamdulilah, menjalani Ramadhan kali ini, lebih banyak pengisian.. Mudahahan menjadi penguat semangat buat aku mengharungi hidup tanpa dia..siapa dia??Dia lah yang menjadi kesayangan..menjadi kerinduan..tapi dia juga telah tiada..pergi terpisah daripada diri aku..aku terime, juge redho..mungkin inilah ujian drpd Allah..ada lg yang lebih baik Allah lorongkan buat aku. Siapa tahu..semua dalam ketentuan-Nya. Yakinlah. "buat abg, Intan terime abg sudah tiada dlm hidup ini..smga Aidilfitri kali ini bawa kebahagiaan bt abg, mek, ayah dan keluarga..Insyaallah.."
ADA-&kamu
tapi Aidilfitri kali ini, ada kamu yg bersama meraikannya. Yang setiap hari tak jemu2 mengucapkan slmt berbuka. Buat kamu, terima kasih banyak2. Melayan kerenah setiap hari.Menangis, ketawa, manja, semuanya..Harap2 kamu tetap bersama aku. Tetap memahami aku seperti biasa. Kerana aku punya semangat yang luar biasa saat kamu memberikan nasihat, saat kamu menguatkan hati. InsyaAllah, smangat ini akan terus dipanjangkan.Buat bekalan menghadapi hari2 baru..di bumi maktab ini. di bumi Allah yang sangat luas ini..Kamu..terima kasih banyak2 ye..walaupun kamu dah ade dia.Sangat sakit bile mengenangkan kamu juuga kan pergi dan terpisah daripada diri ini satu hari nanti, tak mengapa, aku punye cara memujuk hati. Kamu jangan risau..tahulah aku meng"handle" perasaan ni..Buat kamu..Salam Aidilfitri..aku menyayangi kamu..mengahrgai kamu hadir sebagai sahabat dlam hidup ini..Sekian.

Saturday, September 12, 2009

"Daurah Turning Point"

satu hari yg amat menenagkan hatiku..satu hari yg amat mendamaikan.. dikelilingi saudara- saudara seagamaku..di An- Nahdhoh Inn.Alhamdulilah..syukur atas nikmat dari Allah S.W.T.. kerana memberikan aku peluang untuk bersama sahabat-sahabat..kehadiran aku ke pondok An- Nahdhoh Inn, benar- benar menginsafkan diri.Walaupun tidak bermalam,,walaupun ukhwah itu cuma untuk beberapa jam, namun kasih sayang daripada ukhti2 yang merangkap AJK programm Daurah ini..Meresap jauh ke dalam hati..sangat dalam.. syukran ya Ukhti Siti dan Ukhti Madhiah..forum Daurah sgt membantu menyeru semangat Intan..dalam melakukan perubahan..menegakkan prinsip diri yang semakin goyah..terima kasih kerana memperkenalkan aku kpada kepentingan USRAH..sangat menginsafkan aku..sesungguhnya aku manusia yang lupa dan selalu lalai dengan perintah dan larangan Allah..program usrah sebenarnya adalah satu peluang buat hati menerima "makanannya"..betul kata Ukhti Liza..hati juga perlu kepada sesuatu dan pastilah ia mahukan dekat dengan Allah..aku perlu berubah..InsyaAllah..Daurah Turning Point benar- benar membuka hati.Melihat persaudaraan Islam sebagai sesuatu yang amat suci, buat saudaraku diPalestin, bersabarlah, smoga keberkatan Ramdhan sentiasa bersama kalian. Percayalah, Allah akan selau bersama hamba-Nya yang bersabar dan redho..ketabahan kalian penguat semangat ku yang kian runtuh. InsyaAllah..wahai hati..tetaplah engkau.smoga berubah bukan sahaja untuk hari ini..biarlah ia mengambil masa asalkan istiqomah..Aminn....

Saturday, September 5, 2009

SyAfAriNa dAn KeSaKitaNKU....


Pada 2.9.2009..terciptalah detik sejarah dalam hidup SEORANG AKU..intan zarith diana..aku telah pergi ke Hospital Seberang Jaya untuk merelakan diri aku dimasukkan ke wad..menjalani satu rawatan dipanggil "Endoskopi". Sahabat kesayangan..disini Intan nak ucapkan ribuan terima kasih...jutaan..million..senang cerite..yg tak terhingga..sbb Syafarinaku..iaitu Faryn..sudi teman g hospital hari tu..aku gerak g hosital dengan van maktab dlm kul 7 lebih..dan register kul 8.aku masuk untuk wat benda tu dlam kul 9..DAN.distulah bermula pengalamannn.yang tak akan aku lupa..sampai bile2..even aku pernah wat ujian darah dan tangan aku da selalu di inject..tp.yg ni lain.aku di berikan satu surat untuk di sign..aku takut, sakit, sedih, semua ade..sbb aku jauh dari keluarga dan yg paling penting, tak ade mak disisi..TAKPE.Nur Syafarina,tetap disebelahku.bg semangat, bg nasihat,bg kata2 yg sedikit sebanyak menghilangkan rasa seram sejuk aku..sebelum masuk aku pesan mcm2 kat die..huhu.semua barang kecuali encet ngan jam,aku pegang supaya tak r lost sgt kat dalam tu nanti. lain2..semua Faryn pegang...n lagi skaliiiii, thanks sgt2 Faryn sbb sanggup teman Intan even berjanggut kite berdua tunggu giliran nak masuk wat benda tu..even life kite dipenuhi asemen menimbun, tambah lak bulan puasa..TAPI. faryn teman gak..that's enough to approve yr luv as my friend..huhu..thx a lot tau..okeh.kemudian, aku dilanda kejutan yg amattttt sangat.sbb smua dkter laki.ade sorang je pmpuan, pembantu kat situ.yg tolong inject jarum untuk masukkan ubat bius kat aku..len2?LELAKI..waaa..sangatlah takut. TAPI. aku kena hadapi gak kan time tu.nak wat cmne.ni la hidup.ni la kenyataan. memang sakit, takut, sedih, tak berani dan segala macam perasaan..itu lebih daripada wat aku rase nak pengsan kat situ.sbb terlampau takut. Pastu, aku mula wat prosedur tu, aku diberikan dua injection..bius..mybe untuk 2 jam.selama proses tu r kot. **SEDAR**je...da ade shbt kesayangan disebelah aku..die yg pegang tangan aku..hihi.sekali rase cam dlm cite melayu..ala..yg drama2 tu kan slalu cmtu..pastu, nk bgun aku tak mampu..peninggggg..sakit palee...alih2..aku muntah2..sekali lagi..thanks Faryn sbb papah intan g ke sana ke mari..g toilet..n jage intan..tlg intan pas buat prosedur tu...intan takkan lupe smua ni Faryn..never ever,,,huhu..pas habis sesi muntah..aku dilanda..pening yang menggila..tak nampak pape..Faryn lagi sekali jd pemamndu pelancong kat hospital..pimpin aku..belikan air...huhu.aku memang tak dibolehkan puase hari tu..atas sebab aku sakit..dan dapatkan rawatan..weee...nanti ganti le jwbnyeeee...aku rilek dlm wad dekat 3 jam..pastu bari discaj..pening2 lalat tu..Faryn r yg tolong kol pak cik van..dan bawak aku balik..dan.. bawak aku naik bilik..dan sekatang...aku dah ade kat sini balik...ermmm...alhamdulilah..tapi aku perlu wat rawatan susulan kat BM..sbb aku tak sembuh lagi..adoiii..macam2...