BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 30, 2009

sambungannya..

Angin malam yang berpuput lembut menghantar rasa damai di hati..Nun disana di luar jendela Aku melihat jauh, tinggi di atas angkasa kerdipan bintang- bintang..cahaya kerdipannya yang menerangi langit malam itulah yang membuatkan aku teringat kembali kepada keindahan masa lalu.. di dunia maktab dahulu…“Hai ,jauh mengelamun Kak Dian?,bila pulak ada boyfriend ni?Tak kasi tau Ina pun?..”Suara Zarina membuatkan aku tersentak seketika dari menung yang panjang.Aku menoleh melihat Zarina tersenyum-senyum. “Hey..mana adalah..akak fikir macam mana nak nak bagi anak murid akak faham apa yang akak ajarlah Ina..ape lah yang Ina mengarut ni…”. Aku sekadar mencari alasan. Aku tersenyum, mengangkat kening bagai memberi isyarat menidakkan andaiannya yang bukan-bukan. “Mana Shima?tak nampak- nampak dari tadi?” Aku menyoal Zarina tiba- tiba.Mahu mengubah topik perbualan yang dia mulakan sebentar tadi. “Akak tanya Shima?Kalau tak membuta ape lagi yang dia nak buat kak?Lagipun dah lewat malam ni ...Kenapa akak tak tidur lagi?Jauh Ina tengok akak menung tadi..”Tak ada apalah Ina..jomlah kita tidur ..Lagipun esok akak nak kena bangun awal, nak kemas barang sikit. Ina mengalih pandangan.Mengarah kepada ku..sambil menganggukkan kepalanya tanda bersetuju..
Triit..triit..”bunyi telefonku memecah kesunyian pagi di ruang tamu kuarters tempat tinggalku.Hatiku terdetik seketika, siapalah yang menghubungi seawal jam 8.00 pagi ini. Sudahlah nombor yang tertera tidak dikenali, makin membuatkan hati aku tertanya- tanya.. Talian disambungkan. “Assalamualaikum,Diana sini..”Aku memberi salam. “Waalaikumussalam,Dian? Dian balik tak cuti seminggu ni?Jangan lupa pulak kenduri Ika anak Ayahwan hari Sabtu ni.Ni, ramai dah ada kat rumah. Wanchu, Mak Ngah dan Mak Tam semua ada.Balik ye?” Jawapan salam diikuti dengan suara yang seterusnya itu membuatkan aku tersenyum seketika..Emak. Selalunya begitu, tak putus- putus mengingatkan aku tentang kenduri Ika. “Iyelah mak..nanti Dian balik.” Jawapan ringkas itu, aku kira sudah cukup untuk membuatkan emak senang hati di sana..Dian balik hari apa?Ini dah Rabu.Bukan dah cuti sekolah ke Dian, ada kerja lagi ke dekat sana?” Soalan emak yang bertalu- talu, membuatkan aku serba salah. Bukan aku tak mahu balik ke rumah, malah rindu pada emak dan anak saudaraku yang satu itu menebal dalam diri. Sudah lebih dua bulan aku tidak pulang bercuti dan menjenguk mereka. Betul kata emak, hari ini sudah hari Rabu, kenduri Ika berlangsung pada hari Sabtu. Ayahwan pula sengaja mengadakan kenduri Ika pada musim cuti sekolah supaya semua sanak saudara berkesempatan menghadirinya. “Ermm,esok lusa Dian baliklah mak, lagipun kendurinya kan hari Sabtu..” aku berdalih memberi alasan yang munasabah kepada emak. Lama aku menunggu emak membalas, “Dian tu cakapnye aje nak balik awal..macam mak tak kenal. Kalau boleh baliklah awal sikit, tolong- tolong ape yang patut.” .Ah..Emak sudah memulakan ceramah percumanya. Aku tidak mahu berbalas panjang.Lalu jawapan yang kuberi, “Ok..nanti Dian telefon mak bagi tau nak bertolak dari sini ye?..”Aku sekadar ingin menyedapkan hati emak.Malas berlawan cakap dengan emak kerana pada akhirnya, aku juga yang harus menuruti segala kemahuannya. “ Eh..mak letak telefon dululah..ini pun tengah nak siap sebenarnya nak pergi ke rumah Ayahwan kamu, tengok- tengok pelamin dengan persiapan dekat sana, nanti jangan lupa telefon ye..Assalamualaikum..”Mak segera memberikan salam..kedengaran suaranya seperti benar- benar terburu- buru. Belum sempat aku menjawab.Klik. Talian di matikan. “Er..mak..”belum sempat aku bertanya, emak menggunakan telefon bimbit siapa ?Aku melihat nombor yang tertera di skrin. Telefon baru abang ke?.., bukan..masakan abangku yang satu itu membeli nombor baru tanpa memberitahu kepadaku? “Siapa yang nak kahwin Kak Dian?..” satu suara yang datang dari arah belakangku sekali lagi mengejutkan diriku..Hai..semalam Ina, pagi ni, Shima yang dengan wajah yang baru bangun tidur menyoal aku tiba- tiba. Bila masa pula dia sudah terpacak berdiri di belakangku? “Err..sepupu akak la Shima, Ika.Ingat tak? Ada sekali dia datang sini dengan tunang dia. Ingat tak?” Aku menduga Shima, mungkin dia mengingati Ika yang aku maksudkan. “Ahh..mana nak ingat, akak ni, dahlah saudara datang pun dua tahun sekali, mintak Shima ingat pulak..”Shima merungut sambil dahinya berkerut- kerut. Menandakan tidak puas hati. Aku tersenyum. “Sudahlah! Itu pun tak boleh nak ingat..pergilah mandi, tidur awal, bangun lewat..Akak dah beli sarapan kita bertiga.Ada atas meja.Makanlah ye. Bangunkan Ina sekali”. Aku lantas bangun berlalu ke bilik untuk mengemas beg pakaian yang akan aku bawa pulang esok.
“Pukul berapa akak nak bertolak esok?” Shima bertanya sambil tangannya pantas meletakkan pinggan yang telah dicuci ke dalam kabinet. Aku memandang Shima sekilas, berkira- kira dalam hati mahu bertolak pagi atau petang.. “Jauh Perak tu Kak Dian..bertolaklah awal sikit. Sampai awal, taklah risau sangat. Akak dahlah balik seorang diri je..” Ada benarnya cadangan Shima, mestinya aku akan turut mengambil masa untuk berhenti bersolat dan makan. “Akak ingat bertolak pagilah..Dalam pukul 10.00 pagi. Shima dengan Ina tak balik Kedah ? Hai, rumah dekat pun tak nak balik ke..” Aku tersenyum, pastilah kedua-dua mereka akan balik ke Kedah petang esok. Kedua- duanya telah pun berumah tangga, namun disebabkan tuntutan tugas kedua- dua mereka yang juga bertugas sebagai guru, seperti aku, membuatkan mereka terpaksa berkorban berjauhan daripada orang yang disayangi. Pernah juga aku mendengar Shima ada meminta pertukaran bertugas di Kedah, tapi sehingga kini tiada apa- apa berita daripada pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang menguruskan hal tersebut. “Eh..akak ni, kita risaukan dia..ada hati pulak nak mengusik orang lain. Shima menyambut pertanyaanku sambil tergelak- gelak. Masakan mereka tidak akan pulang, setiap kali cuti pada hujung minggu pun mereka akan mencuba sedaya yang terboleh untuk pulang ke Kedah. Hanya 40 minit perjalanan.
Malam datang lagi. Puas aku kalih badanku ke kiri.. Sekejap- sekejap kemudian aku menoleh ke kanan pula. Gelisah. Esok aku akan balik ke Teluk Intan. Entah mengapa, hati ini resah. Seakan- akan ada sesuatu yang perlu aku hadapi. Erm..Pastinya saudara- mara akan bertanya soalan yang sama..Bila lagi mahu meninggalkan zaman bujang. Maklum saja, hampir kesemua sepupuku sudah pun berkahwin. Aku mengeluh. Apa tidaknya, Ika yang baru berusia 23 tahun pun akan melangsungkan persandinagnnya lusa, sedangkan aku yang sudah hampir 5 tahun tamat belajar..entahlah. Dalam berkira- kira mengeluh dan memandang masa depan yang entah bagaimana, akhirnya aku terlelap..