BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 23, 2010

betul- betul menjaga hati

kadang-kadang memang susah untuk difahamI
SEGALA sesuatu itu memang ditakdirkan untuk terjadi
tapi apabila saja diri yang memahami
dan terlampau membiarkan diri menerima..semua jadi sakit..sakit segala-galanya.
bukan senang sebenarnya untuk memahami
dan juga bukan senang untuk menerima
tapi sebagai insan biasa dan juga manusia yang dikurniakan akal..dan juga sebabai seorang bakal guru yang harus berfikir di luar pemikiran biasa..maka aku harus TERIMA.DAN MEMAHAMI.
setiap yang dikatakan itu memang betul- betul menggambarkan rasa hati kan..
tapi setiap kata- kata yang terluah itu bisa mengguris lebih dari mesin pemotong rumput di tepi jalan...dan ia sangat sakit. AMAT. SUNGGUH,.NYATA.sakit..
makanya..sekali lagi..dan untuk kali ke berapa, diri sendiri yang harus pandai menjaga hati sendiri.dan bukannya orang lain. Tiada orang lain yang ingin mengambil tahu hal- hal berkaitan hati..sebab bagi mereka..itu benda mudah dan tak perlu difikirkan..tak perlu dipening- peningkan.TAPI.apabila mereka mengalami nya sendiri nanti.barulah tahu langit itu tinggi..atau rendah...bukan selamanya kita KAYA.bukan selamanya kita CANTIK. bukan selamanya kita CERDIK.bukan selamanya kita MENANG.bukan selamanya kita BERUNTUNG.bukan selamanya kita menongkat dunia ini. jadi..perlu selalu bersyukur.perlu selalu tau menghargai apa yang ada di hadapan kita,,,kerana segala kemungkinan boleh berlaku.kerana bukan kita yang mencipta..tapi Dia.Allah Tuhan Yang Maha Adil, lagi Pemurah...hargai itu juga perlu dari semua segi..IBU BAPA, ADIK BERADIK, SANAK SAUDARA, KAUM KERABAT, KAWAN-KAWAN, WANG DAN TANAH, PAKAIAN, MAKANAN, KEMUDAHAN, PERASAAN, PELAJARAN, KECANTIKAN, KEHENSEMAN,KEINDAHAN,DAN YANG PALING PENTING MENGHARGAI NIKMAT ISLAM DAN IMAN..beringat- ingat agar bukan saja kita dapat menjaga diri dan hati tapi dapat membantu menjaga HATI dan perasaan orang lain dimana kita tidak tahu mungkin disuatu masa, dialah orang nya yang bisa membantu kala kita kesusahan...insyaAllah..membuat amal dan kebaikan, akan dibalas jua dengan perkara yang sama, percaya lah. Tuhan itu Maha Adil..dan juga berbuat jahat dan keburukan, akan mendapat jua balasan yang serupa. Jika tidak di dunia, sudah pastinya di akhirat sana mendapat pembalasan-Nya..
*bersama- sama menambah apa yang kurang dan mengurangkan apa yang berlebihan..AMIN

Tuesday, January 12, 2010

peneman SuBuh

Bila hati rasa kelam
Jiwa ikut jadi suram
Dan setiap malam yang datang seakan menggigit dan menyiksakan
Hati makin sakit, dengan sisa- sisa sayAng dan rindu..dengan sisa kasih dan cinta
Perlahan-lahan aku singkap tabir dosa..
Memperlihatkan aku ..
Dalam segenap ruang aku menangis..
Dalam sekecil- kecil sudut aku meraung hiba..
Menderita kerana dia bukan sedikit
Pergilah pergi
Pergi berlalu semua yang kotor..
Pergi dan jangan datang lagi semua yang palsu
Kerana yang tertinggal dan bersedih itu hanya aku
Jadi tinggallah lagu jadi igauan
Tinggallah nama yang berhari2 disebutkan
Berlalulah semua janji pedih
Dan datang pula doa- doa yang tidak mudah dilafazkan..
Dalam esak dan sendu yang terhadang dalam pekat hitam malam
Begitulah setiap saat
Jadi itulah perjalanan hidup aku
Yang tidak akan biasa dipusingkan kembali
Buka derita yang dikenangkan
Buka siksaan menjadi pujaan
Tutuplah hari bahagia
Yang pernah dimiliki dan menjadi ingatan
Menjadi semangat buat bekalan
Bukan nasi atau minuman
Tapi hati dan jiwa yang besar menjadi peneman
Dari setiap kata- kata itu muncul pula zikir suci

Yang menjadi pembersih diri bila keseorangan
Menjadi azimat dan penyuci tubuh
Kesekian kalinya masih kotor dan berlumpur
Penting buat hati untuk ditutup
Cerahlah hari –hari dengan hati yang terbuka
Tidak dilupa pada dia
Yang selalu menjadi gangguan hati
Dia yang menyiksa
Dia yang membuat derita
Dan dia yang perlu percaya pada hakikat


Dia itu aku

Sunday, December 6, 2009

bila hari rindu..

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan Kau yang tak percaya…
bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa bayangan wajahmu
selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya…
kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya…
kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Monday, November 30, 2009

sambungannya..

Angin malam yang berpuput lembut menghantar rasa damai di hati..Nun disana di luar jendela Aku melihat jauh, tinggi di atas angkasa kerdipan bintang- bintang..cahaya kerdipannya yang menerangi langit malam itulah yang membuatkan aku teringat kembali kepada keindahan masa lalu.. di dunia maktab dahulu…“Hai ,jauh mengelamun Kak Dian?,bila pulak ada boyfriend ni?Tak kasi tau Ina pun?..”Suara Zarina membuatkan aku tersentak seketika dari menung yang panjang.Aku menoleh melihat Zarina tersenyum-senyum. “Hey..mana adalah..akak fikir macam mana nak nak bagi anak murid akak faham apa yang akak ajarlah Ina..ape lah yang Ina mengarut ni…”. Aku sekadar mencari alasan. Aku tersenyum, mengangkat kening bagai memberi isyarat menidakkan andaiannya yang bukan-bukan. “Mana Shima?tak nampak- nampak dari tadi?” Aku menyoal Zarina tiba- tiba.Mahu mengubah topik perbualan yang dia mulakan sebentar tadi. “Akak tanya Shima?Kalau tak membuta ape lagi yang dia nak buat kak?Lagipun dah lewat malam ni ...Kenapa akak tak tidur lagi?Jauh Ina tengok akak menung tadi..”Tak ada apalah Ina..jomlah kita tidur ..Lagipun esok akak nak kena bangun awal, nak kemas barang sikit. Ina mengalih pandangan.Mengarah kepada ku..sambil menganggukkan kepalanya tanda bersetuju..
Triit..triit..”bunyi telefonku memecah kesunyian pagi di ruang tamu kuarters tempat tinggalku.Hatiku terdetik seketika, siapalah yang menghubungi seawal jam 8.00 pagi ini. Sudahlah nombor yang tertera tidak dikenali, makin membuatkan hati aku tertanya- tanya.. Talian disambungkan. “Assalamualaikum,Diana sini..”Aku memberi salam. “Waalaikumussalam,Dian? Dian balik tak cuti seminggu ni?Jangan lupa pulak kenduri Ika anak Ayahwan hari Sabtu ni.Ni, ramai dah ada kat rumah. Wanchu, Mak Ngah dan Mak Tam semua ada.Balik ye?” Jawapan salam diikuti dengan suara yang seterusnya itu membuatkan aku tersenyum seketika..Emak. Selalunya begitu, tak putus- putus mengingatkan aku tentang kenduri Ika. “Iyelah mak..nanti Dian balik.” Jawapan ringkas itu, aku kira sudah cukup untuk membuatkan emak senang hati di sana..Dian balik hari apa?Ini dah Rabu.Bukan dah cuti sekolah ke Dian, ada kerja lagi ke dekat sana?” Soalan emak yang bertalu- talu, membuatkan aku serba salah. Bukan aku tak mahu balik ke rumah, malah rindu pada emak dan anak saudaraku yang satu itu menebal dalam diri. Sudah lebih dua bulan aku tidak pulang bercuti dan menjenguk mereka. Betul kata emak, hari ini sudah hari Rabu, kenduri Ika berlangsung pada hari Sabtu. Ayahwan pula sengaja mengadakan kenduri Ika pada musim cuti sekolah supaya semua sanak saudara berkesempatan menghadirinya. “Ermm,esok lusa Dian baliklah mak, lagipun kendurinya kan hari Sabtu..” aku berdalih memberi alasan yang munasabah kepada emak. Lama aku menunggu emak membalas, “Dian tu cakapnye aje nak balik awal..macam mak tak kenal. Kalau boleh baliklah awal sikit, tolong- tolong ape yang patut.” .Ah..Emak sudah memulakan ceramah percumanya. Aku tidak mahu berbalas panjang.Lalu jawapan yang kuberi, “Ok..nanti Dian telefon mak bagi tau nak bertolak dari sini ye?..”Aku sekadar ingin menyedapkan hati emak.Malas berlawan cakap dengan emak kerana pada akhirnya, aku juga yang harus menuruti segala kemahuannya. “ Eh..mak letak telefon dululah..ini pun tengah nak siap sebenarnya nak pergi ke rumah Ayahwan kamu, tengok- tengok pelamin dengan persiapan dekat sana, nanti jangan lupa telefon ye..Assalamualaikum..”Mak segera memberikan salam..kedengaran suaranya seperti benar- benar terburu- buru. Belum sempat aku menjawab.Klik. Talian di matikan. “Er..mak..”belum sempat aku bertanya, emak menggunakan telefon bimbit siapa ?Aku melihat nombor yang tertera di skrin. Telefon baru abang ke?.., bukan..masakan abangku yang satu itu membeli nombor baru tanpa memberitahu kepadaku? “Siapa yang nak kahwin Kak Dian?..” satu suara yang datang dari arah belakangku sekali lagi mengejutkan diriku..Hai..semalam Ina, pagi ni, Shima yang dengan wajah yang baru bangun tidur menyoal aku tiba- tiba. Bila masa pula dia sudah terpacak berdiri di belakangku? “Err..sepupu akak la Shima, Ika.Ingat tak? Ada sekali dia datang sini dengan tunang dia. Ingat tak?” Aku menduga Shima, mungkin dia mengingati Ika yang aku maksudkan. “Ahh..mana nak ingat, akak ni, dahlah saudara datang pun dua tahun sekali, mintak Shima ingat pulak..”Shima merungut sambil dahinya berkerut- kerut. Menandakan tidak puas hati. Aku tersenyum. “Sudahlah! Itu pun tak boleh nak ingat..pergilah mandi, tidur awal, bangun lewat..Akak dah beli sarapan kita bertiga.Ada atas meja.Makanlah ye. Bangunkan Ina sekali”. Aku lantas bangun berlalu ke bilik untuk mengemas beg pakaian yang akan aku bawa pulang esok.
“Pukul berapa akak nak bertolak esok?” Shima bertanya sambil tangannya pantas meletakkan pinggan yang telah dicuci ke dalam kabinet. Aku memandang Shima sekilas, berkira- kira dalam hati mahu bertolak pagi atau petang.. “Jauh Perak tu Kak Dian..bertolaklah awal sikit. Sampai awal, taklah risau sangat. Akak dahlah balik seorang diri je..” Ada benarnya cadangan Shima, mestinya aku akan turut mengambil masa untuk berhenti bersolat dan makan. “Akak ingat bertolak pagilah..Dalam pukul 10.00 pagi. Shima dengan Ina tak balik Kedah ? Hai, rumah dekat pun tak nak balik ke..” Aku tersenyum, pastilah kedua-dua mereka akan balik ke Kedah petang esok. Kedua- duanya telah pun berumah tangga, namun disebabkan tuntutan tugas kedua- dua mereka yang juga bertugas sebagai guru, seperti aku, membuatkan mereka terpaksa berkorban berjauhan daripada orang yang disayangi. Pernah juga aku mendengar Shima ada meminta pertukaran bertugas di Kedah, tapi sehingga kini tiada apa- apa berita daripada pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang menguruskan hal tersebut. “Eh..akak ni, kita risaukan dia..ada hati pulak nak mengusik orang lain. Shima menyambut pertanyaanku sambil tergelak- gelak. Masakan mereka tidak akan pulang, setiap kali cuti pada hujung minggu pun mereka akan mencuba sedaya yang terboleh untuk pulang ke Kedah. Hanya 40 minit perjalanan.
Malam datang lagi. Puas aku kalih badanku ke kiri.. Sekejap- sekejap kemudian aku menoleh ke kanan pula. Gelisah. Esok aku akan balik ke Teluk Intan. Entah mengapa, hati ini resah. Seakan- akan ada sesuatu yang perlu aku hadapi. Erm..Pastinya saudara- mara akan bertanya soalan yang sama..Bila lagi mahu meninggalkan zaman bujang. Maklum saja, hampir kesemua sepupuku sudah pun berkahwin. Aku mengeluh. Apa tidaknya, Ika yang baru berusia 23 tahun pun akan melangsungkan persandinagnnya lusa, sedangkan aku yang sudah hampir 5 tahun tamat belajar..entahlah. Dalam berkira- kira mengeluh dan memandang masa depan yang entah bagaimana, akhirnya aku terlelap..

Saturday, November 28, 2009

two active n cool baby boys...=)




Niyaz zafran dan nishat zafran..


Penawar hati mak su dian..mainlah niyaz..main lah nishat..main dan ketawa,,dengan gembira.main dan tersenyum sepanjang masa..menghiburkan hati mak su dian..
Rutin harian
beginilah rutin hidup ku setiap hari..pagi bangun dan kemas umah..siap2 makan pagi dan jemur kain..pastu terus siap2 g umah cik..dan ini permata hati Kak Long..maka izinkan lah Dian berkongsi..permata hati Kak Long ini seketika..masa cuti nih..
terima kasih kat mereka berdua..terima kasih kat Kak Long, sebab bagi Dian main dengan budak2 ni tiap2 hari..=)




at least, dian isi mase ngan diorang berdua dan tak layan rase dalam hati nih..keletah manje,,menangis, main2 dan merajuk diorang berdua amat menyejukkan hati nih..tak puas rasenye layan niaz ngan nishat..niyaz yang super duper active..n nishat yang sweet n cool baby..huhuhu..anda sangat comel ye nishat..


skrg ni baru jek balik dari men2 ngan diorang..kul 12..yeah..record gak r ..lambat balik mlm ni..sbb terlalu seronok..jgn risau hati..esok dian ke sana lagi...dan tenangkan hati lagi..=)

Monday, September 21, 2009

taubat nasuha..

tinggalkan masa lalu..dan buka lembaran hidup yang baru..yang lepas2 usah dikenangkan..10 zulhijah 1430 hijrah..mari mulakan satu suasana baru dlm hidupmu.dan biarkan yg lain tertinggal sebagai kenangan, pengajaran dan satu kesilapan yang engkau bisa perbaiki..yang dihadapan masih banyak menanti..engkau harus bangun dan sedar..engkau bakal pendidik,dan perjuangan mendidik dan mentarbiyah jiwa2 baru..lepas kan lah masa lalu..dan segala kesilapan yang dilakukan, perlu diinsafi..TAUBAT NASUHA..ingat dan kenanglah jasa orang tua mu..yang membesarkan dengan susah dan payah..keringat yang jatuh dalam mendidik mu bergelar insan, usah disiakan wahai Intan Zarith Diana..Taubat Nasuha..
taubat ..
ia bermaksud,kembali kpd Allah setelah melakukan maksiat, setelah melakukan kesalahan dan kesilapan.Besyukurlah engkau kerana Allah mengurniakan rahmat untuk engkau bertaubat..kembali kepada jalannya dan menginsafi segala perbuatan dahulu.
Surah Al-Baqarah: Ayat 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri".Jadi, alangkah baiknya jika engkau kembali kepada jalannya..pada agama Allah yang sangat indah untuk ditelusuri, mari kembali kepada fitrah asal dirimu.Hatimu sangat rindukan Allah..sekali kita berjalan kepadaNya..Dia berlari mendapatkan kita..betapa Dia Maha Penyayang, Maha Pengampun terhadap hamba-Nya..usahlah diknang2 perbuatan dahulu..perbuatan semalam yang hanya membuat jiwa mu merana..bangunlah wahai jiwa, jangan rasa bersedih hati dan tidak mampu berdiri..percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu dekat dengan hatimu..kembali kepada ayat2 cinta dariNya..Al Quran..yang suci..kalam Allah yang Maha Agung..alun kan kembali ayat2 nya..buka kembali tafsiran Al- Quran yang sangat indah maknanya.
Ketahuilah..bahawa taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti yang terdapat dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."Merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.
mesej daripada seorang sahabat:
"Kenapa ujian seberat ini..?"
'Allah tidak membebani seseorang itu, melainkan dengan kesanggupannya,'(Al Baqarah:286)
"Rase putus asa?frust dengan apa yang berlaku??"
'Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman'(Al-Imran :139)
"Bagaimanakah harus aku menghadapi semua ini??"
'dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk' (AL-Baqarah:45)..
kesemuanya menunjukkan bahawa jalan sudah ditunjukkan..cuma perlu diamalkan dalam kehidupan..betulkan dian??jadi mengapa merosakkan hatimu..Islam yang engkau nikmati, janganlah disia2 kan lagi..ayat2 Allah sudah jelas menerangkan betapa Allah itu amat dekat dengan dirimu..dan sentiasa berada bersamamu..
Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", iaitu taubat yang murni.
Sebagaimana dijelaskan dalam surah At-Tahrim: Ayat 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya.."
itu dosa..itu kesilapan..itu maksiat..maka kembalilah kepada yang benar..
itu kesalahan..merosakkan hati..meruntuhkan iman..DIAN..engkau masih ada agama..ISLAM ada dalam dirimu..
manfaatkan Islam
manfaatkan nikmat iman..sesungguhnya Allah maha memahami jiwa hamba2nye..
*sumber
jiwaku dan juga..

Tuesday, September 15, 2009

TIADA-ADA- &KAMU

TIADA
sikit lagi..semua org iaitu umat Islam akan menyambut Aidilfitri.Yg membahagiakan..menggembirakan.terutamanya sbb dapat balik rumah sbb dapat balik kmpung..Bagi aku, Hari Raya memang bez, sbb dapat jumpe family, sanak saudara, kwan2..jiran2,,..memang bez.Tapi, raye kali ni, bukan macam raye tahun2 sebelumnye..First, aku kehilangan dua mak saudara dan satu pakcik tahun ni. Aku kehilangan KAMU..KAMU yang telah membantu, membawa aku melihat jenazah mak saudara sebelum dikebumikan bulan 3 dahulu. Cepat sungguh masa berlalu, dan semua tu jd kenangan..dalam hidup..buat arwah Yang, Acik Ta'ayah dan Anjang..semoga roh kalian sentiasa dicucuri rhmat. Walaupun Yang dah tak ade, Dian tak akan sesekali lupe nsht Yang..tak akan lupa segala kate2 Yang, kemseraan Yang, Dian rindu nak peluk Yang, rindu roti telur Yang..rindu senyum Yang..Rindu Yang berleter pasal baju sejuk ngn suar yg tertinggal kat umah Yang dlu..Al- Fatihah buat arwah.. Aaisah Bt. Omar Shah.Seterusnya..buat Acik Ta'ayah..arwah..Jamaiayah Bt. Zakaria. Alhamdulilah, sempat juge Dian tgk Acik sebelum dikebumikan. Dian datang dgn dia yg sgt Dian syg pada masa tu. Acik pun dapat tgk die kan?Rindu Acik ketawa..rindu Acik selalu. Sekarang bile g umah kat Simpang 4..ade ank2 Acik je..alhamdulilah, 1 Ramadhan yg lalu, Dian dapat ziarah kubur Acik seadanya dgn abh..rase rindu makin tak tertahan. . moge Acik damai disana..kepada Anjang, Dian dapat tahu Anjang pergi masa Dian kat Kem Alam Sekitar, tak sempat nak balik tgk pun.. Anjang, walaupun Anjang tak kenal Dian, tapi Dian ttp anak saudara Anjang, tetap syg Anjang mcm ayah saudara yang lain..Anjang pergi dgn tenang..Alhamdulilahh...Kesemua insan2 yang dinyatakan di atas telah pergi..telah meninggal dunia. Meninggalkan semuanya, termasuk diri aku..Ketiadaan mereka sangat aku rasai..sangat memedihkan bila memikirkan ketiadaan mereka di pagi Aidilfitri..dah tak de lg kad raye yg boleh dikirim,,kerana orgnya telah tiada...tiada.
Ketiadaan yang seterusnya, dia yang amat aku rindui. Alhamdulilah, menjalani Ramadhan kali ini, lebih banyak pengisian.. Mudahahan menjadi penguat semangat buat aku mengharungi hidup tanpa dia..siapa dia??Dia lah yang menjadi kesayangan..menjadi kerinduan..tapi dia juga telah tiada..pergi terpisah daripada diri aku..aku terime, juge redho..mungkin inilah ujian drpd Allah..ada lg yang lebih baik Allah lorongkan buat aku. Siapa tahu..semua dalam ketentuan-Nya. Yakinlah. "buat abg, Intan terime abg sudah tiada dlm hidup ini..smga Aidilfitri kali ini bawa kebahagiaan bt abg, mek, ayah dan keluarga..Insyaallah.."
ADA-&kamu
tapi Aidilfitri kali ini, ada kamu yg bersama meraikannya. Yang setiap hari tak jemu2 mengucapkan slmt berbuka. Buat kamu, terima kasih banyak2. Melayan kerenah setiap hari.Menangis, ketawa, manja, semuanya..Harap2 kamu tetap bersama aku. Tetap memahami aku seperti biasa. Kerana aku punya semangat yang luar biasa saat kamu memberikan nasihat, saat kamu menguatkan hati. InsyaAllah, smangat ini akan terus dipanjangkan.Buat bekalan menghadapi hari2 baru..di bumi maktab ini. di bumi Allah yang sangat luas ini..Kamu..terima kasih banyak2 ye..walaupun kamu dah ade dia.Sangat sakit bile mengenangkan kamu juuga kan pergi dan terpisah daripada diri ini satu hari nanti, tak mengapa, aku punye cara memujuk hati. Kamu jangan risau..tahulah aku meng"handle" perasaan ni..Buat kamu..Salam Aidilfitri..aku menyayangi kamu..mengahrgai kamu hadir sebagai sahabat dlam hidup ini..Sekian.